Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih separuh penduduk SG sudah terima satu dos vaksin

Jun 20, 2021 | 5:30 AM
ENCIK ONG: Gembira dengan kemajuan usaha vaksinasi di Singapura dalam satu catatan di Facebook.
ENCIK ONG: Gembira dengan kemajuan usaha vaksinasi di Singapura dalam satu catatan di Facebook. -

LEBIH daripada separuh penduduk di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semalam sambil melahirkan kegembirannya dengan kemajuan usaha vaksinasi di sini.

Kira-kira 36 peratus telah menerima rejimen lengkap dua dos, kata beliau.

Operasi pemberian vaksin di Singapura meningkat dalam beberapa minggu lalu sebagai sebahagian strategi untuk mempersiapkan norma baru Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Program vaksinasi nasional yang dipercepat mengutamakan vaksinasi dos pertama, agar lebih banyak orang sekurang-kurangnya mendapat perlindungan daripada koronavirus.

Menyiarkan perangkaan terbaru itu di Facebook, Encik Ong berkata: "Mari kita semua teruskan usaha."

Beliau menambahkan: "Kita melakukan vaksinasi secepat mungkin tetapi kita dibatasi oleh bekalan kerana permintaan global yang tinggi.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan penghantaran lebih banyak vaksin agar dapat membuka lebih banyak slot seawal mungkin.

"Oleh itu, apabila tiba giliran anda untuk mendapatkan suntikan, tolong lakukan dan galakkan rakan-rakan atau ahli keluarga anda untuk melakukan hal yang sama."

Encik Ong pada sidang media kelmarin berkata bahawa terdapat peningkatan konsensus di kalangan pakar antarabangsa bahawa Covid-19 akan menjadi endemik.

Ini bermaksud bahawa virus akan terus bermutasi dan beredar, seperti virus 'influenza', dan orang harus menyesuaikan diri dan belajar untuk hidup dengannya.

Mengulangi hal ini dalam catatan tersebut, beliau menambahkan bahawa Singapura telah mempertingkatkan kemampuannya sepanjang setahun ini untuk menguji, menghubung jejak dan mengasingkan mereka yang memiliki Covid-19 dengan sangat cepat, dan juga telah memvaksinasi "bahagian yang baik" dari kalangan penduduknya.

"Dengan adanya langkah-langkah pertahanan ini, saya yakin kita dapat meletakkan pemutus litar di belakang kita, dan dapat membenarkan kebanyakan perniagaan tetap terbuka, meneruskan kehidupan seharian kita," katanya.

"Tetapi untuk melangkah lebih jauh, untuk membantu menjaga F&B (perniagaan makanan dan minuman) dan gim terbuka, dan bahkan meneruskan perjalanan, kadar vaksinasi kami harus lebih tinggi. Barulah kita dapat dilindungi dengan lebih baik, walaupun virus itu beredar dalam masyarakat."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg