Berjaya raih diploma IB didorong cinta sukan lawan pedang
Premium
Berjaya raih diploma IB didorong cinta sukan lawan pedang
Jan 5, 2019 | 5:30 AM
BERJAYA DALAM SUKAN DAN PENDIDIKAN: Pelajar Sekolah Sukan Singapura, Danial Haqim Mohammed Sophian, 19 tahun, bukan sahaja berjaya dalam sukan lawan pedang yang diceburinya, malah berjaya meraih 40 mata bagi IBDP. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
KALI pertama beliau diperkenalkan kepada sukan lawan pedang ketika di Darjah Lima, hati Danial Haqim Mohammed Sophian terpikat.
Sukan yang memerlukan bukan sahaja kekuatan fizikal, malah ketabahan mental dan ketenangan pemainnya itu membuat beliau begitu teruja sehingga membuat keputusan untuk ke Sekolah Sukan Singapura (SSP) untuk melanjutkan minatnya.

