Topik diikuti
Pergi ke BHkuBerkat unik daripada bapa pengantin
Bekas pensyarah pengajian nautika di Politeknik Singapura mahu hadiahkan sebahagian tetamu kisah pengalaman merentasi lautan sepanjang 50 tahun

KEPAKARANNYA DICARI: Menyusuli nahas kapal tangki di Limbungan Kapal Sembawang pada 1990-an yang meragut nyawa beberapa pekerja, Kapten Ibrahim Abdul Karim pernah ditugaskan membantu Kementerian Buruh mencari antara sebab-sebab yang mungkin mencetuskan letupan tersebut. Kisah beliau menjalani arus gelombang dalam industri kelautan dirakamkan dalam catatan hampir 30 muka surat dalam bahasa Inggeris berjudul Tanker And Related Experience (Kapal Tangki Dan Pengalaman Berkaitan). Catatan tersebut bakal diedar kepada sebahagian tetamu dalam majlis perkahwinan anak bongsunya di Warren Golf & Country Club, esok. - Foto BH oleh M.O. SALLEH
Dec 23, 2017 | 5:30 AM
Berkat unik daripada bapa pengantin
JIKA bapa pengantin biasanya menghulurkan berkat semasa tetamu bersalaman dengannya, bekas pensyarah pengajian nautika daripada Politeknik Singapura (SP) bercadang menghadiahkan sebahagian tetamu dengan selembar kisah pengalamannya merentasi lautan sepanjang tempoh lebih 50 tahun dalam industri itu.
Kapten Ibrahim Abdul Karim, 72 tahun, berkata catatan hampir 30 muka surat dalam bahasa Inggeris yang diberi tajuk Tanker And Related Experience (Kapal Tangki Dan Pengalaman Berkaitan) itu berupa perkongsian yang sekali gus merupakan sumbangan beliau ke arah meningkatkan pemahaman di kalangan generasi muda.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti