Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berkempen, iklan calon tidak dibenarkan pada Hari Bertenang, Hari Mengundi

Aug 30, 2023 | 7:54 PM
PERLU PATUH PERATURAN: Penerbitan, pertunjukan atau pemakaian baju yang memaparkan simbol calon tidak dibenarkan semasa tempoh bertenang.
PERLU PATUH PERATURAN: Penerbitan, pertunjukan atau pemakaian baju yang memaparkan simbol calon tidak dibenarkan semasa tempoh bertenang. - Foto ST

Semua calon Presiden dan penyokong diingatkan supaya patuh kepada semua undang-undang tempoh bertenang Pilihan Raya Presiden dan harus mengelak daripada perbuatan yang melanggar peraturan tempoh tersebut

Kegiatan berkempen dan pengiklanan pilihan raya, termasuk penerbitan, pertunjukan dan pemakaian baju yang memaparkan simbol serupa atau persis simbol calon tidak dibenarkan.

Ini adalah untuk memberikan masa kepada pengundi memikirkan pilihan mereka bagi seorang Presiden, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Rabu.

Pada Hari Mengundi, pengundi harus mengelak daripada memakai pakaian yang menampilkan imej atau membawa barang ke pusat mengundi yang boleh difahamkan sebagai satu percubaan mempengaruhi pengundi lain atau menunjukkan sokongan kepada salah seorang calon, kata ELD.

Ini termasuk memakai baju serta pakaian, beg atau lencana, yang memaparkan gambar atau reka bentuk persis atau hampir sama simbol dipilih calon, atau menunjukkan perkataan yang boleh diterjemahkan sebagai petunjuk sokongan kepada calon tertentu.

Objek berbentuk serupa atau hampir sama dengan simbol calon Presiden, dan boleh dikaitkan dengan seorang calon oleh orang awam, juga tidak dibenarkan.

“Jika mereka (pengundi) berbuat demikian, mereka boleh disuruh pulang oleh pegawai pilihan raya di pusat pengundian,” kata ELD.

Pada 1 September ini, seramai 2.7 juta rakyat akan mengundi untuk memilih Presiden kesembilan negara ini.

Tempoh bertenang ini berlangsung dari 12 tengah malam 31 Ogos, iaitu Hari Bertenang, hingga 8 malam 1 September, yang menandakan tamatnya Hari Mengundi.

Tiga calon Presiden bagi pilihan raya ini ialah mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun.

ELD bekata, kegiatan berkempen dan iklan pilihan raya yang dilarang pada tempoh bertenang itu merangkumi penerbitan iklan yang dibayar dan tidak dibayar.

Ini juga termasuk, mengongsi, mengongsi semula, menerbitkan semula pos, atau meluaskan penyebaran iklan sedia ada – dan menyiarkan mesyuarat dalam talian yang boleh diakses orang umum.

Pertunjukan iklan pilihan raya di tempat awam yang bukan dalam talian, termasuk menempatkan semula atau mengubah semua bahan iklan pilihan raya yang bukan dalam talian, juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sepanduk, bendera dan poster pilihan raya.

Kegiatan berkempen, seperti pertunjukan sokongan, mengadakan lawatan, kunjungan rumah ke rumah, lawatan ke tempat tinggal atau tempat kerja pengundi bagi tujuan pilihan raya, atau sebarang bentuk perhimpunan atau mesyuarat awam berkaitan pilihan raya – tidak kira secara dalam talian atau secara fizikal – perlu dihentikan.

Selain calon, yang dibenarkan memakai replika simbol yang diberikan kepadanya, pemakaian, penggunaan atau membawa barang yang memaparkan simbol calon atau propaganda kempen juga tidak dibenarkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg