Topik diikuti
Pergi ke BHkuBersama keluarga lebih seronok
BELAJAR MAIN WAYANG KULIT
TAMAN Warisan Melayu di Kampong Glam mungkin sedang tutup sekarang bagi kerja-kerja pembangunan semula sehingga 2025.
Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh pelajari tentang budaya Melayu di laman web mereka.
Satu sumber interaktif menarik dalam bahasa Inggeris ialah 'My First Wayang Kulit Show' yang dibimbing oleh karakter bernama Laila.
Seni tradisional wayang kulit ini kebanyakan memaparkan kisah berdasarkan epik popular Hindu.
Apabila anak anda menekan skrin atau klik tetikus, anda boleh dengar bunyi setiap instrumen yang dimainkan oleh kumpulan gamelan dan mengetahui apa yang berlaku di sebalik skrin dalam pertunjukan wayang kulit.
Yang menarik, mereka juga berpeluang untuk membuat pertunjukan pertama mereka.
Nikmat keseronokannya di go.gov.sg/myfirstwayangkulitshow
Yuk! Lawat Perpustakaan Manga di Pusat Beli-Belah City Square
Jika anak anda gemar membeca buku grafik dan komik Jepun, anda boleh membawa mereka ke perpustakaan manga pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di pusat beli-belah City Square.
Ia mempunyai lebih daripada 5,000 judul termasuk siri popular seperti Beyblade Burst oleh Hiro Morita, Dragon Ball Z oleh Akira Toriyama dan Spy X Family oleh Tatsuya Endo.
Hampir seperlima daripada judul manga telah didermakan oleh syarikat penerbitan Jepun, Shogakukan Asia, dengan lebih banyak lagi akan disumbang pada masa depan.
Terletak di tingkat empat pusat beli-belah di Farrer Park itu, ruang 'po-up' selama enam bulan ini turut menampilkan budaya komik Singapura yang kaya.
Keluarga anda boleh meminjam buku tempatan seperti Mr Kiasu, Roti Kaya And Guyu dan The LKY Story.
Ia juga mengetengahkan judul buku yang tidak boleh dipinjam atau dibaca.
Didermakan oleh peminjam tempatan, ia termasuk komik berwarna sepenuhnya yang pertama iaitu The Amazing Adventures Of Captain V oleh Siva Choy, yang diterbitkan pada 1987.
Fakta menarik: Captain V pada asalnya adalah maskot bagi Program Perlindungan Jenayah Nasional Pasukan Polis Singapura (SPF) dan kemudian dilestarikan dalam bentuk komik berjuang menentang Dr Evil.
Seronok baca buku komik 'Our Singapore River'
Ikuti Aloysius dan datuknya sedang mereka melungsuri Sungai Singapura.
Aloysius mula menyedari peranan penting sungai itu sebagai sebuah pelabuhan lebih dari 150 tahun lalu dan bagaimana sibuk, bising dan kotor sungai itu pada ketika itu.
Ditulis oleh Tina Sim dan dilukis oleh Alan Bay, buku Our Singapore River adalah buku komik dalam siri Time Travel, Singapore!
Kanak-kanak perlu tahu tentang zaman permulaan Singapura kerana ia penting terhadap pertumbuhan Singapura. Mereka perlu pelajari mengenai asal-usul golongan yang datang ke Singapura dan bekerja sebagai buruh dan tukang perahu. Buku 'Our Singapore River' berharga $14.90 dan kulit tebal pada $25.90 di laman web World Scientific Education
