Bersatu tenaga tulis buku ketengah kisah 12 mangsa dari serata dunia
Nov 10, 2017 | 5:30 AM
-
PRIHATIN PERTAMBAHAN KES PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK: Pengasas bersama badan setempat bukan meraih untung yang memberi tumpuan kepada hak dan perlindungan anak-anak, Yakin (Youths, Adult survivors & Kin In Need), Dr Daniel Fung, yang juga Pengerusi Lembaga Perubatan, Institut Kesihatan Mental (IMH), menghasilkan buku Survivors: Breaking the Silence on Child Sexual Abuse bersama Cik Eirliani Abdul Rahman. - Foto fail -
MAHU TINGKAT KESEDARAN: Cik Eirliani Abdul Rahman yang kini berada di Colorado, Amerika Syarikat, untuk bertugas, turut ke Berlin dan Yangon untuk menjalankan wawancara bersama mangsa. Beliau kini sibuk menjalani latihan di Artik Canada bagi mempersiap diri mengikuti ekspedisi ke Kutub Selatan pada Disember 2018 bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu penderaan seksual kanak-kanak. - Foto fail -

Kisah penderaan seksual kanak-kanak jarang mendapat perhatian apatah lagi di kalangan anggota keluarga yang sering merahsiakannya. HASLEEN BACHIK (hasleen@sph.com.sg) menyorot usaha dua penulis - Cik Eirliani Abdul Rahman dan Dr Daniel Fung - yang berkongsi pengalaman peribadi 12 mangsa di dalam buku mereka, 'Survivors: Breaking the Silence on Child Sexual Abuse', yang bakal dilancarkan minggu depan.
NASIB anak-anak mangsa penderaan seksual termasuk sumbang mahram yang sering mengunci rapat mulut mereka menjadi tumpuan utama bagi warga Singapura yang kini bertugas di Colorado, Amerika Syarikat, Cik Eirliani Abdul Rahman.