Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersemangat sertai NDP di Padang

Aug 8, 2023 | 4:06 PM
SEMARAKKAN ACARA: Antara peserta yang akan tampil dalam segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak di Perbarisan Hari Kebangsaan kali ini.
SEMARAKKAN ACARA: Antara peserta yang akan tampil dalam segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak di Perbarisan Hari Kebangsaan kali ini. - Foto ST

Singapura bakal bermandikan bunga api tatkala sambutan Hari Kebangsaan memuncak pada Rabu dengan orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat dijangka membanjiri pusat bandar dan beberapa kawasan kejiranan bagi meraikan Hari Kebangsaan Singapura ke-58.

Sambutan kali ini akan tertumpu di kawasan Padang, tempat Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 berlangsung.

Seramai 1,700 peserta terlibat dalam upacara perbarisan manakala 2,400 peserta dalam segmen persembahan NDP.

Beberapa peserta NDP yang ditemuiBerita Harian (BH) berkongsi pengalaman dan hasrat mereka sempena Hari Kebangsaan.

Antaranya ialah Cik Ismadiana Samsudin dan anaknya, Cik Nurul Qusyairah Hamzah.

Mereka merupakan antara peserta NDP kali pertama yang berbaris dalam kontinjen Singapore Post (SingPost).

Begitu juga Sarjan (SGT) 3 Syed Ameen Hussain, pemandu utama Kenderaan Serangan Taktikal (TSV) – aset terbaru Pasukan Polis Singapura (SPF) yang pertama kali diperagakan dalam NDP.

Pegawai Waran Ketiga (3WO) Muhammad Suhairi Suhaimi pula berkongsi kisahnya berada di atas kereta berhias utama bagi pasukan tentera dalam segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak (TDP).

NDP kali ini menampilkan empat segmen – acara praperbarisan, perbarisan, TDP dan persembahan NDP.

Segmen persembahan NDP 2023 merangkumi empat babak – Our Singapore (Singapura Kita); Our Strength (Kekuatan Kita); Our Heart (Hati Kita); dan Onward As One (Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati).

Ia mempunyai judul utama Membina Masa Depan Kita Bersama Sebagai Satu (Negara), yang akan menyerlahkan perasaan, harapan, keyakinan dan kesyukuran rakyat Singapura yang berjaya mengharungi tempoh sukar.

Laporan lanjut di Muka 6 & 7

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg