Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersiap pindah burung dari Jurong ke Mandai

Oct 2, 2022 | 5:39 PM
BAKAL BERPINDAH: Tiga kakitangan lama Taman Burung Jurong - (dari kiri) Encik Mohamad Saad Yahya, Encik Sadali Mohamed Tali dan Encik Roslee Mustaffa - bergambar dengan Big John, burung Kakak Tua Jambul Kuning yang berusia lewat 50-an tahun. Hari operasi terakhir Taman Burung Jurong adalah pada 3 Januari tahun depan dan kemudian berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve.
BAKAL BERPINDAH: Tiga kakitangan lama Taman Burung Jurong - (dari kiri) Encik Mohamad Saad Yahya, Encik Sadali Mohamed Tali dan Encik Roslee Mustaffa - bergambar dengan Big John, burung Kakak Tua Jambul Kuning yang berusia lewat 50-an tahun. Hari operasi terakhir Taman Burung Jurong adalah pada 3 Januari tahun depan dan kemudian berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve. - Foto: BH

'PENGHIJRAHAN' besar dari Jurong ke Mandai bagi salah satu ikon terkenal negara ini - Taman Burung Jurong - kini sedang dirancang, dengan ribuan burung, ada yang spesiesnya jarang dan ada yang terancam, akan dipindahkan ke rumah baru mereka pada tahun depan.

Jurucakap Mandai Wildlife Group, pengendali taman itu, memberitahu Berita Harian (BH) perancangan dan persiapan untuk berpindah telah pun bermula tahun lalu.

Pelbagai langkah-langkah dilaksanakan demi memastikan keselamatan dan kebajikan burung dan kakitangan yang terlibat, tambah jurucakap itu.

Tugas untuk melatih burung di taman itu untuk mengurangkan rasa tekanan dan agar burung dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk dipindahkan kelak juga telah bermula.

"Lau burung kecil untuk melatih burung menyesuaikan diri (berada dalam sangkar atau kotak (crate) ) telah diletakkan dalam lau burung besar di mana burung digalak masuk (sangkar atau kotak) secara sukarela dan rasa selesa di dalam.

"Teknik latihan positif ini membantu mengurangkan tekanan dan kerumitan mengangkut burung apabila pemindahan berlaku," kata jurucakap itu. Taman Burung Jurong seluas 20 hektar itu akan menutup pintunya kepada orang ramai pada 3 Januari tahun depan sempena ulang tahun ke-52 taman itu sejak ia dibuka pada 1971.

Sekitar 130 kakitangan dan 3,500 burung akan berpindah ke rumah baru - Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve.

Laporan lanjut di akhbar Berita Harian, esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg