Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersihkan kubur jelang Syawal

Apr 7, 2024 | 1:00 PM
Lebih ramai pengunjung daripada biasa melawat Tanah Perkuburan Choa Chu Kang pada 6 April.
Lebih ramai pengunjung daripada biasa melawat Tanah Perkuburan Choa Chu Kang pada 6 April. - Foto BH oleh KHALID BABA

Lebih ramai pengunjung daripada biasa melawat Tanah Perkuburan Choa Chu Kang pada 6 April, iaitu hujung minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang.

Mereka dilihat antara lain membersihkan kubur orang tersayang dan masing-masing meluangkan masa sekitar dua jam di sana.

Dalam satu kenyataan pada 27 Februari, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata tanah perkuburan itu, bersama kolumbarium di Choa Chu Kang, Mandai dan Yishun, dijangka sesak pada 13 hari sibuk termasuk pada Hari Raya Aidilfitri.

Ia menggalakkan orang awam supaya mempertimbangkan melawat tanah perkuburan dan kolumbarium yang diuruskan pemerintah itu pada hari yang tidak sesak.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut di Singapura pada 10 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg