Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bersikap telus, hargai pasangan antara yang dipelajari pasangan muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersikap telus, hargai pasangan antara yang dipelajari pasangan muda

Dec 26, 2023 | 11:36 AM



Apabila pasangan suami isteri, Cik Noor Erna Syarinie Noor Hirwan dan Encik Muhammad Harishwan Abdull Haris, masing-masing 25 tahun, membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekitar setahun lalu, mereka masih belum stabil dari segi kewangan. 

Menurut Encik Muhammad Harishwan, beliau masih mencari pekerjaan stabil dan ragu-ragu jika beliau sudah bersedia untuk meniti alam perkahwinan.

Malah, ibu bapanya sendiri turut bimbang tentang keputusannya untuk mendirikan rumah tangga.

Manakala, Cik Noor Erna pula yakin mereka sudah bersedia dan dapat mencari pekerjaan stabil.

“Alhamdulillah, kami berupaya menyimpan wang untuk keperluan majlis perkahwinan kami serta mendapat bantuan daripada ahli keluarga kami,” kata Cik Noor Erna.







Mereka kini mempunyai pekerjaan stabil dengan Cik Noor Erna sebagai pegawai hartanah dan Encik Muhammad Harishwan sebagai penolong pengurus restoran.

Mula menjalin hubungan serius pada 2019 pada usia 21 tahun apabila mereka bekerja di tempat sama, Cik Noor Erna dan Encik Muhammad Harishwan kemudian membuat keputusan untuk menimba ilmu bagi mempersiapkan diri untuk kehidupan berumah tangga.

Lantaran itu, mereka mendaftar untuk kursus perkahwinan kendalian INSPIRASI Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) apabila mereka mendapat tahu bahawa pertubuhan itu membantu membimbing pasangan dalam perjalanan mengharungi perkahwinan pada usia muda.

Hab INSPIRASI PPIS, yang dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), ditubuhkan untuk menyokong perkahwinan muda.

Menerusi Program Persiapan Rumah Tangga INSPIRASI PPIS, pasangan ini mendapati kaunselor mereka yang dikenali sebagai Kak Furah berupaya berkongsi nasihat bernas dan penyelesaian pada pelbagai situasi perkahwinan.

“Kaunselor kami, Kak Furah, selalu mengingatkan kami bahawa setiap masalah perkahwinan pasti akan ada jalan penyelesaian,” ujar Cik Noor Erna.

Kata beliau lagi: “Kami pelajari bahawa perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua orang bersama. Ia sebenarnya satu perjalanan indah untuk memulakan sebuah keluarga. Kak Furah juga selalu mengingatkan kami tentang ‘sakinah, mawaddah dan rahmah’ dalam membina kehidupan rumah tangga.”

Memanfaatkan ilmu yang mereka timba daripada program persiapan rumah tangga itu, mereka pelajari untuk bersikap telus dengan satu sama lain dan masih meminta nasihat daripada kaunselor mereka atau pada mereka yang lebih berpengalaman dalam perkahwinan.

Mengulas tentang cara mereka menangani cabaran rumah tangga bersama, Cik Noor Erna berkata:

“Sekiranya, kami mempunyai perselisihan faham, kami akan memberi ruang pada satu sama lain sebelum meluahkan isi hati kami. Kami kemudian akan cuba berbincang tentang masalah kami dan saling meminta maaf.”

Dalam pada itu, mereka juga berusaha meluangkan masa bersama walaupun masing-masing sibuk bekerja.

“Kami sedar bahawa kami mesti sentiasa bersyukur dan menghargai pasangan kami supaya kami dapat mengharungi cabaran dalam kehidupan rumah tangga. Jangan putus asa terhadap satu sama lain dan berikan pasangan kami peluang jika perlu,” kata Cik Noor Erna.

Selain mengikuti program persiapan rumah tangga, pasangan ini juga telah menyertai acara jamuan tengah hari di dalam talian, lukisan batik dan penulisan surat buat pasangan anjuran INSPIRASI PPIS.

“Kami sarankan pasangan muda untuk bertanya apa sahaja soalan kepada kaunselor mereka bagi mereka yang mengikuti program persiapan rumah tangga INSPIRASI PPIS kerana mereka dapat memberi pendapat atau saranan yang berfaedah. Acara-acara INSPIRASI PPIS juga boleh membantu menghidupkan rasa kasih sayang anda terhadap pasangan anda,” kata Cik Noor Erna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >