Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bertambahnya ruang bagi solat Jumaat mula dilaksana

Nov 13, 2021 | 5:30 AM
PERUBAHAN YANG DIALU-ALUKAN: Kakitangan masjid mengubah pelekat untuk membuka laluan kepada lebih ramai jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam disaksikan Encik Kadir (berkemeja biru) dan pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau, Encik Abdul Jalil Anwari. - Foto BH oleh KHALID BABA
PERUBAHAN YANG DIALU-ALUKAN: Kakitangan masjid mengubah pelekat untuk membuka laluan kepada lebih ramai jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam disaksikan Encik Kadir (berkemeja biru) dan pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau, Encik Abdul Jalil Anwari. - Foto BH oleh KHALID BABA -

MASJID-MASJID sekitar Singapura membuka lebih banyak ruang bagi solat Jumaat mulai semalam.

Jemaah juga boleh mengerjakan solat Jumaat pada setiap minggu dan tidak perlu menunggu giliran untuk membuat tempahan. Sementara itu, solat Jumaat juga diadakan lebih awal, selaras pada waktu zuhur yang lebih awal mulai semalam.

Sesi pertama dijadual berlangsung dari 12.45 hingga 1.30 tengah hari. Sesi kedua pula akan bermula dari 1.45 tengah hari hingga 2.15 petang atau 2 petang hingga 2.30 petang, bergantung pada saiz masjid. Sesi ketiga pula dijadual dari 2.30 hingga 3 petang.

Meninjau perubahan tersebut di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, berkata beliau berharap masyarakat faham dan bekerjasama sedang perubahan kepada operasi masjid dilaksanakan.

"Hari ini (Semalam) kita lihat perubahan kepada proses tempahan dan masa yang lebih sesuai untuk solat Jumaat. Kita berharap perubahan ini akan terus memberi manfaat kepada jemaah kita," katanya sambil menggesa masyarakat untuk terus memberi sokongan dana kepada masjid-masjid supaya operasi dapat diteruskan dengan lancar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg