Bertanjak dalam kesibukan bazar demi tonjolkan warisan Melayu
Premium
Bertanjak dalam kesibukan bazar demi tonjolkan warisan Melayu
Jun 7, 2018 | 5:30 AM
HIDUPKAN BUDAYA MELAYU: Haji Daeng Mohd Rafi kelihatan bersahaja ketika memakai tanjak di depan Pasar Geylang Serai. - Foto BH oleh SAINI SALLEH -
TIADA acara atau persembahan budaya tetapi seorang lelaki dilihat segak memperagakan tanjak di kepalanya di tengah-tengah kesibukan orang ramai berbelanja di Pasar Geylang Serai pagi Sabtu lalu.
Gelagatnya - bertanjak berwarna ungu muda, berbaju kot batik dan bercermin mata hitam - cukup menarik perhatian para pengunjung dengan sesetengahnya secara bergurau bertanyakan mana kerisnya dan ada pula yang secara sinis memperlekeh tanjak yang dipakainya.

