SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bertemu di Jakarta...

Bertemu di Jakarta...

Apr 25, 2021 | 5:30 AM

Bertemu di Jakarta...

- Foto MCI
- Foto MCI -

PEMIMPIN Asean berhimpun di Jakarta semalam untuk membincangkan krisis di Myanmar, dalam mesyuarat secara fizikal pertama Asean sejak pandemik Covid-19.

Menyertai mesyuarat itu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (gambar atas, paling kiri) berkata Asean boleh memainkan peranan yang membina untuk membantu dalam proses mencari huraian di Myanmar.

Mesyuarat yang dianjurkan Brunei selaku Pengerusi Asean tahun ini turut dihadiri pemimpin dan wakil negara Asean lain, termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang juga mempengerusi mesyuarat, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo.

Ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, turut memberi taklimat tentang situasi di Myanmar di mesyuarat itu, dan kejadian yang berlaku sebelum rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg