Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bertuah menangi peraduan BH dapat tonton previu NDP

Aug 4, 2018 | 5:30 AM
GEMBIRA MENANG TIKET: Encik Farhan dan tunangnya, Cik Farhanah, senang hati memenangi tiket previu NDP 2018 yang diadakan Sabtu lalu. Encik Farhan merupakan antara lima pemenang bertuah pertandingan anjuran BH itu. - Foto ihsan MOHD FARHAN MOHD KASSIM
GEMBIRA MENANG TIKET: Encik Farhan dan tunangnya, Cik Farhanah, senang hati memenangi tiket previu NDP 2018 yang diadakan Sabtu lalu. Encik Farhan merupakan antara lima pemenang bertuah pertandingan anjuran BH itu. - Foto ihsan MOHD FARHAN MOHD KASSIM -

Baru-baru ini Berita Harian (BH) telah memberi peluang kepada pembaca untuk memenangi sepasang tiket menonton previu pertama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diadakan pada 28 Julai lalu. Lima pemenang yang dipilih telah memberi jawapan tepat kepada soalan "Apakah Tema NDP tahun ini?". NUR FATHIN AWALUDDIN (nfathin@sph.com.sg) sempat bertemu dengan dua pemenang yang telah menyaksikan previu pertama NDP di Platform Terapung Marina Bay.

BELIAU dan keluarga tidak pernah terlepas membaca akhbar Berita Harian (BH) setiap hari.

Oleh itu, apabila terlihat peluang memenangi tiket ke previu pertama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang dianjurkan akhbar ini dua minggu lalu, Encik Mohd Farhan Mohd Kassim, 27 tahun, tidak melepaskan peluang keemasan tersebut.

Ternyata, usaha beliau menyertai pertandingan anjuran BH itu membuahkan hasil.

Encik Farhan merupakan antara lima pemenang bertuah yang berpeluang menyaksikan previu pertama NDP 2018 yang berlangsung pada Sabtu, 28 Julai lalu.

Ditanya apakah segmen kegemaran beliau semasa perbarisan tersebut, jurutera yang telah membawa tunang beliau, Cik Farhana Sabtu, 27 tahun, ke previu itu berkata pertunjukan ulang tahun ke-50 Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF50) merupakan yang paling digemarinya.

Ini kerana segmen tersebut merupakan "yang mendebarkan dengan pelbagai aset pertahanan Singapura yang terbaru (ditunjukkan)".

Pertunjukan RSAF50 yang dimaksudkan beliau ialah pertunjukan udara yang dilakukan RSAF yang turut melibatkan jet pejuang F-15SG yang dihiasi dengan lambang khas RSAF50.

Jet tersebut akan diterbangkan pada sudut yang menunjukkan lambang khas tersebut kepada orang ramai sekali gus mencerminkan kemahiran juruterbangnya.

Beliau turut memuji fokus NDP tahun ini yang dikatakan lebih cenderung kepada kesatuan rakyat dan menghargai sesama rakyat tidak kira bangsa, agama atau kebolehan.

Meskipun ini bukan kali pertama beliau menyaksikan NDP secara langsung, beliau tidak pernah terlibat sebagai perserta - sesuatu yang ingin dilakukannya.

"Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam NDP tetapi saya ingin cuba jika ada peluang," ujar beliau.

Cuaca yang begitu terik Sabtu lalu juga tidak menghambat Encik Farhan dan tunangnya daripada tiba di Pentas Terapung Marina Bay sekitar 5.30 petang demi merasakan kemeriahan sebelum perbarisan bermula.

"Selamat menyambut ulang tahun Singapura dengan insan tercinta!" sempat beliau ucapkan dengan senyuman terukir di wajahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg