Topic followed successfully
Go to BHkuBeruang panda di S'pura lahirkan anak jantan sulung
Beruang panda di S'pura lahirkan anak jantan sulung
Sep 11, 2021 | 5:30 AM
Beruang panda di S'pura lahirkan anak jantan sulung
ANAK BERUANG JANTAN: Anak beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura ialah seekor beruang jantan. - Foto WRS -
ANAK beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura ialah seekor beruang jantan.
Dilahirkan di River Safari pada 14 Ogos, anak beruang panda itu adalah yang pertama dilahirkan oleh pasangan beruang panda Kai Kai dan Jia Jia.
Semalam, Wildlife Reserves Singapore (WRS), yang mengendalikan River Safari, berkata pasukan yang menjaga anak beruang panda itu menentukan jantina selepas membuat beberapa pemeriksaan teliti ke atas haiwan itu dan berunding dengan pakar dari China.
Pihak awam diundang untuk mencadangkan nama bagi anak beruang panda itu selewat-lewatnya pada 20 September.

