Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beruang panda Kai Kai dan Jia Jia dilanjut tempoh tinggal di S'pura hingga 2027

Sep 2, 2022 | 7:47 PM
Foto WILDLIFE RESERVES SINGAPORE
Foto WILDLIFE RESERVES SINGAPORE -

PENGUNJUNG ke daya tarikan River Wonders akan dapat melihat beruang panda raksasa Jia Jia dan Kai Kai untuk tempoh masa lima tahun lagi hingga 2027.

Pada Jumaat (2 September), Mandai Wildlife Group yang mengendalikan River Wonders, menandatangani satu perjanjian dengan pihak berkuasa China untuk melanjutkan tempoh pinjaman 10 tahun panda berkenaan.

Kai Kai yang akan mencecah usia 15 tahun dan Jia Jia yang bakal berusia 14 tahun bulan ini datang dari China pada 2012.

Pasangan panda ini melahirkan anak panda Le Le pada 14 Ogos lalu selepas banyak kali cuba mendapatkan anak.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, Duta China ke Singapura, Sun Haiyan, naib pentadbir Perhutanan Nasional China dan Pentadbir Padang Rumput, Li Chunliang serta pegawai rasmi lain menghadiri satu acara pada Jumaat di Giant Panda Forest di River Wonders untuk melanjutkan perjanjian pinjaman bersama Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA).

Dalam ucapannya, Cik Low berkata:

"Hubungan Singapura-China terus berkembang dan kami akan terus meneroka kemungkinan baru bagi kerjasama.

"Perjanjian lanjutan ini akan membolehkan Mandai Wildlife Group dan CWCA untuk mendalami kerja bermakna mengenai pemuliharaan panda raksasa, dan bukti pada persahabatan berpanjangan antara Singapura dengan China."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg