Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beruang panda Le Le rai ulang tahun pertama

Aug 13, 2022 | 5:30 AM
SAMBUTAN HARI ISTIMEWA: Le Le anak beruang pertama yang dilahirkan di Singapura menikmati kek ais tiga tingkat semasa menyambut hari lahirnya pada 12 Ogos. - Foto AFP
SAMBUTAN HARI ISTIMEWA: Le Le anak beruang pertama yang dilahirkan di Singapura menikmati kek ais tiga tingkat semasa menyambut hari lahirnya pada 12 Ogos. - Foto AFP -

LE LE, anak beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura menyambut hari lahirnya yang pertama ditemani ibu Jia Jia.

Sempena hari istimewa itu semalam, Le Le disajikan kek ais tiga tingkat yang disumbat dengan lobak merah, buluh, bunga yang boleh dimakan dan hirisan epal di Hutan Beruang Panda di Taman River Wonders.

Anak beruang itu turut meraikan detik penting - makan makanan pejal pertamanya. Walaupun dia masih bergantung kepada susu ibunya, Le Le mula makan makanan pejal seperti pelet dan lobak merah sejak Jun tahun ini.

Dengan berat badan sekitar 200g semasa lahir, beratnya kini 33kg.

Pegawai zoo juga sudah mula melatihkan Le Le dengan memberikan pelet sebagai ganjaran agar beruang itu rela menjalani prosedur perubatan rutin .

Sambutan hari jadi akan diteruskan esok. Peminat Le Le boleh meraikan hari lahirnya dengan kek berlainan pada 10 pagi di Hutan Beruang Panda.

Le Le dilahirkan pada kira-kira 7.50 pagi pada 14 Ogos tahun lalu - anak pertama bagi ibu bapa Kai Kai dan Jia Jia sejak pasangan itu tiba di Singapura pada 2012 atas aturan pinjaman dari China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg