Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Betulkan niat untuk tunai ibadah haji

Nov 28, 2023 | 6:00 AM
BIMBING JEMAAH: Sebagai agensi pengurusan haji yang berdedikasi tinggi, TM Fouzy Travel & Tours menyatakan komitmen penuh dalam melayani dan memimpin jemaah yang menjadikan syarikat ini sebagai pilihan utama.
BIMBING JEMAAH: Sebagai agensi pengurusan haji yang berdedikasi tinggi, TM Fouzy Travel & Tours menyatakan komitmen penuh dalam melayani dan memimpin jemaah yang menjadikan syarikat ini sebagai pilihan utama. - Foto TM FOUZY TRAVEL & TOURS

Setiap bakal jemaah haji hendaklah membetulkan niat untuk keberangkatan haji iaitu “menyahut seruan Allah”. Maka atas dasar tersebut, hendaklah seseorang itu membekalkan dirinya dengan sifat ikhlas dan takwa.

Seperti Allah swt telah berfirman:

“Berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah takwa.” (Surah Al-Baqarah: ayat 197)

Pengarah urusan TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, menyatakan takwa adalah sebaik-baik bekalan yang boleh dibawa oleh jemaah haji.

Bagaimanapun, ketakwaan tidak akan datang melainkan daripada sebuah hati yang ikhlas. Justeru, jemaah perlu menanam niat yang baik dan ikhlas agar kesempurnaan ibadah dapat dicapai dalam pelaksanaan haji tersebut.

Tambah Ustaz Tengku Mohamad Fouzy:

“Peluang menjejakkan kaki ke tanah suci dapat menjadi medan keinsafan buat jemaah tanpa mengira kekayaan, darjat atau pangkat.

“Bersama niat dan bimbingan yang baik, jemaah pasti dapat mendapatkan ibadah yang dicita-citakan untuk kesempurnaan pelaksanaan haji atau umrahnya secara zahir, batin, jasmani dan rohani.

“Ia juga dapat menjadi peluang kepada kesemua umat Islam yang hadir mengerjakan ibadah haji, belajar mengenai syariat dan hakikat setiap ibadah yang dikerjakan.”

Dengan pengalaman yang luas sepanjang 47 tahun, TM Fouzy Travel & Tours sentiasa berusaha menyediakan yang terbaik untuk meraih kepercayaan jemaah haji ataupun umrah.

Sebagai agensi pengurusan haji yang berdedikasi tinggi, TM Fouzy Travel & Tours menyatakan komitmen penuh dalam melayani dan memimpin jemaah yang menjadikan syarikat ini sebagai pilihan utama.

“Jemaah akan memperolehi program yang tersusun dengan bimbingan ibadah seperti qiamullail setiap malam dan zikir munajat.

“Di samping itu, TM Fouzy Travel & Tours turut menyediakan tempat penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Jemaah juga dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi cabaran berjalan kaki sejauh 3 hingga 4 kilometer di antara Muaisim ke Jamarat (tempat melontar batu pada hari-hari Tasyriq 10 hingga 13 Zulhijah),” pesan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy.

Sebagai pesanan lebih lanjut, jemaah haji juga perlu menyediakan Singpass untuk verifikasi surat kelulusan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semasa pendaftaran.

Bagi pakej haji dan umrah di TM Fouzy Travel & Tours, beberapa keperluan asas setiap jemaah akan disediakan seperti tiket pesawat, penginapan di kota Makkah dan Madinah, makan tiga kali sehari, pengangkutan di antara dua tanah suci Makkah dan Madinah, pembimbing yang bertauliah dan ditemani oleh pegawai yang berpengalaman.

DAPATKAN MAKLUMAT

Hubungi talian 6294-8044 atau WhatsApp ke talian 9820-1134 atau layari laman https://tmfouzy.sg untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg