BERITA Harian (BH) telah mengadakan acara berbuka puasa di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Jumaat.

Lebih 70 tetamu, termasuk kakitangan BH, pemimpin masyarakat dan penjawat awam hadir.

Mereka disertai tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Cik Teo Lay Lim, dan Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong.

Selepas menjamu selera, Encik Lee telah berjalan-jalan di Bazar Raya Geylang Serai 2023, di mana beliau mengunjungi 'gerai' yang dikendalikan akhbar ini, iaitu BHazar BH.

Awal dari itu, akhbar ini telah memberi peluang kepada pengunjung bazar bertemu juara dunia pencak silat dan pemenang pingat emas di Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful, yang muncul dalam acara podcast #NoTapis Extra Time, yang dirakam secara langsung dan turut menampilkan wartawan Cik Zulaiqah Abdul Rahim dan Editor Podcast, Cik Shahida Sarhid.

BHazar BH berlangsung setiap hari sehingga 20 April, dan setakat ini telah menampilkan kugiran Masdo dari Malaysia, penyanyi malar segar Sanisah Huri, pempengaruh Ustazah Liyana Musfirah, dan tukang masak selebriti, Cef Mel Dean.