Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BH dekati masyarakat melalui Festival Nadi Bahasa@Limbang

Sep 30, 2024 | 6:00 PM
Pengunjung mengunjungi reruai BH sempena acara Festival Nadi Bahasa @ Limbang di Kelab Masyarakat Yew Tee.
Pengunjung mengunjungi reruai BH sempena acara Festival Nadi Bahasa @ Limbang di Kelab Masyarakat Yew Tee. - Foto ihsan ISMAWATI ISMAIL

Demi untuk mendekati masyarakat Melayu/Islam setempat, Berita Harian (BH) telah menyertai Festival Nadi Bahasa @ Limbang di Kelab Masyarakat Yew Tee pada Ahad (29 September).

Ia dianjurkan oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Limbang.

Di reruai BH, BH menyediakan pelbagai kegiatan termasuk permainan kosa kata, serta mengongsi kandungan berita dan acara dianjurkan akhbar itu.

Di samping itu, BH juga menarik pengunjung untuk menyertai komuniti BH serta mengongsi rancangan memperkenalkan penerbitan pelajar Gen G dalam talian melalui laman beritaharian.sg tidak lama lagi.

“Kami di BH ‘turun padang’ untuk sama-sama meraikan Bulan Bahasa dan membolehkan masyarakat mengenali kami dengan lebih dekat lagi. Sambutan diterima amat menggalakkan daripada pengunjung yang ingin mengenali produk-produk kami dengan lebih dekat,’‘ kata Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dari pembaca yang ingin mengikuti laporan dan berita di BH melalui kumpulan WhatsApp yang baru diperkenalkan. 

BH memberikan beg khas BH kepada mereka yang mengikuti BH di platform WhatsApps.

Festival itu menyajikan pelbagai kegiatan menarik seperti tarian Melayu, dikir barat, deklamasi sajak, dan acara berbalas pantun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg