Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Biar lambat, asal tamat latihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biar lambat, asal tamat latihan

Dec 09, 2023 | 08:21 PM



Walaupun terpaksa ‘ditinggalkan’ ekoran kecederaan saraf, ia tidak sedikit mematahkan semangat Leftenan Kanan (2LT) Muhammad Shafiq Haikal Mohd Karimin apabila melihat rakan-rakan platunnya menamatkan Kursus Pegawai Kadet (OCC) tanpanya.

Dengan sistem sokongan yang kukuh, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) berusia 21 tahun itu cekalkan hatinya dan menjalani OCC selama 38 minggu sekali lagi.

Usaha 2LT Shafiq membuahkan hasil apabila beliau muncul sebagai antara 460 Pelatih Kadet Pegawai (OCT) dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), yang berjaya menamatkan kursus tersebut pada Sabtu.

Perbarisan Pentauliahan Kursus Pegawai Kadet (OCCP) di Institut Ketenteraan Safti itu telah dihadiri Presiden Tharman Shanmugaratnam yang merupakan Pegawai Pemeriksa.

Semasa dihubungi, 2LT Shafiq dari Infantri Tentera itu, berkata bahawa beliau mengalami kecederaan saraf semasa membawa beg ‘field pack’ yang mengakibatkan lengannya kebas dan mengalami keletihan fizikal serta mental.

Disebabkan beliau mengutamakan kesihatannya, 2LT Shafiq terpaksa berhenti kursusnya dan memulihkan keadaannya, pada masa yang sama menyaksikan rakan platunnya menamatkan kursus tersebut tanpanya.

“Menyaksikan kejayaan rakan-rakan platun saya merupakan detik simbolik dan pahit manis kerana saya turut terfikir yang saya juga boleh menjadi antara mereka.

“Bagaimanapun, pengalaman ini membakar semangat dan berazam untuk terus maju dan mencuba lagi,” ujar beliau yang ditempatkan di Batalion Ke-8, Rejimen Infantri Singapura (8 SIR).

Sentiasa di sisinya ialah sistem sokongan yang merangkumi keluarga, rakan sebaya dan pengajar – Kapten (CPT) Zane Chee dan Leftenan Kolonel (LTC) Abu Bakar.

Kata-kata seperti ‘tidak perlu takut’ oleh LTC Abu Bakar, menjadi perangsang untuknya bangkit semula dan menghabiskan masa dua hingga tiga bulan untuk pulih.

Beliau kemudiannya menyertai program wajib untuk mengesahkan kesediaan fizikal dan perubatannya sebelum menjalani semula kursus OCC.

“Walaupun masa itu sangat sukar dan ada masanya saya meragui kemampuan diri, saya tidak menyesal dengan jalan yang saya pilih.

“Datuk saya meninggal dunia tahun ini. Dengan berbuat demikian, ia cara saya menghormatinya.”

Turut menghadiri perbarisan itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Berucap semasa perbarisan, Presiden Tharman mengingatkan para lulusan itu tentang tanggungjawab mereka dalam memimpin generasi NSF.

“Hakikatnya ialah kekuatan tentera akhirnya terletak pada orang kita… sebagai pegawai yang baru ditauliahkan, ingat moto yang telah anda terima sepanjang kursus kadet anda: untuk Memimpin, Cemerlang, dan Mengatasi,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >