GAMBAR ada kalanya mengandungi 1,000 makna. Imej yang indah dapat menyampaikan cerita tanpa kata-kata. Foto yang cantik sudah cukup untuk menarik pembaca.

Kini orang ramai, terutama peminat seni foto, berpeluang menyaksikan imej-imej paling provokatif, menarik dan pedih dari seluruh dunia yang dipamerkan di Singapura mulai Sabtu lepas hingga 28 Oktober ini.