Premium
'Bidan Bidin' bantu sambut bayi dalam teksi
Feb 2, 2017 | 5:30 AM
BERSALIN DALAM TEKSI: Encik Nazraruddin (bertopi) telah membantu pasangan Encik Hamid (berbaju kelabu) dan Cik Maria Elena semasa kelahiran anak mereka. Bersama mereka ialah kedua-dua anak pasangan itu dan seorang wakil SMRT. - Foto FACEBOOK SMRT -
SEJAK beliau membantu pelanggannya menyambut kelahiran bayi dalam teksinya, Encik Mohamad Nazraruddin Abu Bakar digelar sebagai 'Bidan Bidin' oleh kaum keluarga dan sahabat handainya.
Disebabkan niat murni itu, Encik Nazraruddin, 39 tahun, diberi sewa teksi percuma selama sehari tajaan SMRT, yang sewanya selalunya berharga $124.66.

