LEGENDA irama tradisional Melayu, biduan R. Ismail, yang terkenal dengan dendangan lagu cinta penuh puitis Gurindam Jiwa (bersama Allahyarhamha Rafeah Buang), meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang sekitar 2.30 petang Ahad (13 September).
Berita pemergiannya yang berusia 83 tahun dimaklumkan anak-anaknya yang juga penggiat seni, Eiss Ismail dan Elfee Ismail di laman media sosial masing-masing.
Mereka berdua meminta sesiapa yang mengenali Allahyarham yang nama sebenarnya, Ismail Abdul Rahman, agar menghalalkan makan minumnya dan mengampuni dosanya jika beliau tersilap kata dan menyinggung perasaan secara sengaja mahupun tidak.
Kali terakhir Allahyarham R. Ismail muncul bersama anak-anaknya, Eiss dan Elfee adalah dalam persembahan Konsert Mini Gurindam Jiwa - Satu Malam Bersama R. Ismail di Studio Esplanade Teater Di Pesisiran pada 9 Mac 2018.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Eiss di Choa Chu Kang Drive.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg