Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bil elektrik lebih rendah dijangka bagi suku keempat 2022

Sep 30, 2022 | 5:18 PM
BIL ELEKTRIK LEBIH RENDAH: Tarif elektrik SP yang lebih rendah bermakna bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di sebuah flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak $1.55 (tidak termasuk GST) secara purata.
BIL ELEKTRIK LEBIH RENDAH: Tarif elektrik SP yang lebih rendah bermakna bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di sebuah flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak $1.55 (tidak termasuk GST) secara purata. - Foto THE STRAITS TIMES

ISI rumah di sini mungkin akan mendapat bil yang lebih rendah sedang tarif elektrik bagi suku terakhir tahun ini akan dikurangkan sebanyak 1.4 peratus.

Ini merupakan kali pertama tarif elektrik dikurangkan selepas terus meningkat selama lebih setahun.

Tarif elektrik tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 1 Oktober hingga 31 Disember akan diturunkan daripada 30.17 sen kepada 29.74 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), menurut pengendali grid SP Group hari ini.

Tarif elektrik SP yang lebih rendah bermakna bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di sebuah flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak $1.55 (tidak termasuk GST) secara purata.

Sementara itu, penghasil dan peruncit gas berpaip bandar, City Energy, turut mengumumkan semalam bahawa tarif gas bagi isi rumah akan turun sebanyak 0.36 sen bagi setiap kWh, daripada 23.09 sen bagi setiap kWh kepada 22.73 sen bagi setiap dari 1 Oktober hingga 31 Disember.

Kedua-dua SP dan City Energy berkata harga yang lebih rendah itu disebabkan kos bahan api yang lebih rendah berbanding suku sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg