SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, hari ini meluangkan masa menjual pantun menerusi catatan di Facebooknya.
Tinjauan Berita Harian di laman beliau melihat jualan pantunnya laku dengan lebih 160 pengguna media sosial setakat ini sedia membeli dan membalas pantun beliau. Malah ada diantara pantun-pantun ini dibalas beliau.
"Berkongsi dengan anda keindahan pantun, puisi Melayu. Pantun ini adalah tentang keunikan Hari Raya tahun ini. Maaf terjemahan tidak menggambarkan keindahannya," tulis beliau dalam bahasa Inggeris.
Tulis Encik Amrin:
Rumput dicantas di tanah pamah Panglima mara dengan pengawal Walau terbatas beraya di rumah Kongsikan cara meriahkan Syawal
Saya menjual. Silakan beli.
Berikut BH memaparkan beberapa pilihan pantun yang menjawab pantun tersebut.
Abu Anisa: Kak Kiah pergi ke pasar Pergi ke pasar membeli cili Tahun ini Raya yang mudah Duduk dirumah menjaga diri
Hamzah Osman: Janur dianyam pengikat kasih... Lepat diikat penuh harapan... Berpakaian Seragam separuh badan jer pun Ok.... Bila dah Zoom tiada yang perasan
Zuriana Zainal: Desa Permai diberi nama Penduduk mesra serta ramah Syawal 2020 lebih sederhana Unik meriah walau dirumah
Encik Amrin membalas pantun 'Zuriana Zainal': Terlihat dara di pinggir desa Menjadi heboh kampung setempat Pelbagai cara mengisi masa Kongsikan contoh yang bermanfaat
Shafiee Barahim Tradisi disambung tak akan berakhir Berzaman bertahun diamal semua Keluarga sebumbung duduk bertakbir Berbaju sedondon walau tak ke mana
Isiah Majid Cari cahaya mengukur pedati Tangan bermaya lambat dipadu Rai raya syukur di hati Hubungan maya pengubat rindu
Mohd Yusof Yaakop Yaakop Ribut ribut membawa pukat Pukat di tebar di selat Melaka Kueh raya di kongsi jiran sepakat Mengerat hubongan sesama kita
Encik Amrin membalas pantun 'Mohd Yusof Yaakop Yaakop' Merah warna bunga kemboja, Wangi selalu menjadi hairan Kuih raya menghias meja, Mana satu jadi kegemaran?
Untuk menikmati jual-beli pantun yang lain, sila ke laman Facebook Encik Amrin. Semoga terhibur!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg