Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan jemaah di empat masjid digandakan bagi solat Jumaat

Aug 3, 2020 | 5:12 PM
BILANGAN BERGANDA: Masjid Mujahidin merupakan antara salah satu daripada empat masjid dipilih yang kini dibenarkan menampung seramai 100 jemaah bagi solat Jumaat. - Foto GAVIN FOO
BILANGAN BERGANDA: Masjid Mujahidin merupakan antara salah satu daripada empat masjid dipilih yang kini dibenarkan menampung seramai 100 jemaah bagi solat Jumaat. - Foto GAVIN FOO -

MULAI minggu ini sebanyak empat masjid di Singapura kini diizin menambah slot bagi solat Jumaat kepada 100 jemaah, berbanding 50 sebelum ini, umum pemerintah hari ini (3 Ogos).

Masjid tersebut adalah Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata masjid ini merupakan antara 12 kumpulan dan organisasi agama setempat yang telah dipilih dan dibenarkan menampung sehingga 100 orang dalam satu masa untuk khidmat jemaah dan ibadah lain.

Kementerian itu berkata bahawa tempat ini telah dipilih selepas didapati berupaya menjalankan ibadah jemaah dan ibadah lain dengan selamat yang terhad kepada 50 orang di bawah garis panduan fasa kedua yang dilaksanakan untuk menangani penularan koronavirus.

Langkah terbaru ini juga akan menyaksikan beberapa langkah keselamatan baru yang perlu diterapkan, antaranya penggunaan dua zon berasingan yang mampu menampung 50 orang pada setiap masa untuk ibadah jemaah dan ibadah lain di sembilan daripada 12 kumpulan dan organisasi agama ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg