Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bilangan karyawan kesihatan bersekutu naik 25% dari 2019 hingga 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan karyawan kesihatan bersekutu naik 25% dari 2019 hingga 2023

Feb 27, 2024 | 06:24 PM



Terdapat peningkatan 25 peratus dalam beberapa pekerjaan kesihatan bersekutu di Singapura dari 2019 hingga 2023 di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat.

Jumlah bilangan ahli radiografi diagnostik berdaftar, ahli terapi cara kerja, ahli fisioterapi, ahli terapi radiasi dan ahli terapi pertuturan meningkat daripada sekitar 6,000 pada 2019 kepada 7,500 pada 2023.

Namun, pada masa yang sama, kadar karyawan kesihatan bersekutu (AHP) yang berhenti kerja dalam sektor penjagaan kesihatan awam meningkat sedikit daripada 8.9 peratus pada 2018 kepada 11.6 peratus pada 2022.

Kadar AHP yang berhenti kerja dalam sektor penjagaan masyarakat pula turun daripada 17.7 peratus pada 2018 kepada 11.3 peratus pada 2022.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata demikian di Parlimen pada 27 Februari semasa menjawab soalan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).

Kadar berhenti kerja bagi AHP adalah lebih tinggi daripada kadar berhenti kerja doktor dan jururawat, tambah Cik Rahayu.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (MOH) terus bekerjasama dengan kelompok penjagaan kesihatan awam, organisasi penjagaan masyarakat dan institut pengajian tinggi (IHL) untuk melatih, menarik dan mengekalkan AHP.

“Perlu ada prospek kerjaya yang baik dan peluang untuk pembangunan profesional, persekitaran tempat kerja yang kondusif dan gaji perlu kompetitif.

“Dalam hal ini, institusi penjagaan kesihatan awam telah menaikkan gaji permulaan AHP pada 2023.

“Sejak 2021, MOH juga telah menyokong peningkatan gaji dalam sektor penjagaan masyarakat, termasuk bagi AHP,” ujar Cik Rahayu.

Dalam soalan susulan, Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) bertanya sama ada MOH boleh mengkaji penilaian dan analisis berasaskan kemahiran untuk melihat bagaimana mengekalkan dan membangunkan AHP dengan lebih baik.

Dr Tan juga bertanya sama ada MOH memberi perhatian kepada kemunculan domain kemahiran mendalam yang baru dalam bidang kesihatan bersekutu.

Cik Rahayu berkata MOH memang sedang berusaha meningkatkan kemahiran dan memastikan terdapat tenaga kerja serta sumber yang mencukupi dalam setiap domain penjagaan kesihatan bersekutu.

Dr Tan, yang juga seorang doktor perubatan di salah sebuah hospital awam, turut menyarankan supaya MOH melihat dan mempelajari daripada pengalaman negara lain tentang perjalanan kerjaya serta cara mereka mengekalkan bakat AHP.

Cik Rahayu berkata saranan tersebut merupakan “cadangan bernas” yang akan diambil kira MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >