JUMLAH kes penipuan hubungan cinta Internet, atau 'love scam', telah meningkat 33.6% daripada 131 kes antara Januari dengan Mac tahun lalu, kepada 175 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.
Polis dalam kenyataannya pada Rabu (20 Mei) berkata, jumlah wang yang ditipu berkaitan kes demikian bagaimanapun telah merosot, daripada $7.1 juta pada tahun lalu kepada $6.6 juta tahun ini.
Polis menjelaskan bahawa skim penipuan ini sering melibatkan mangsa yang telah berkawan dengan penipu di wadah media sosial, atau sebaliknya, lalu jatuh cinta bersama mereka.
Ini sedang mereka tidak pernah menemui secara bersemuka sebelum itu.
Polis berkata, antara Januari dengan April tahun ini, Facebook dan Instagram, secara kerap merupakan wadah yang sering digunakan penipu untuk mendapatkan mangsa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg