Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan langganan digital Berita Harian berganda, pembaca lebih kerap membaca

May 13, 2020 | 5:02 PM
Berita Harian melihat jumlah langganan digital mereka berganda pada April berbanding Mac tahun ini. - Foto FAIL BH
Berita Harian melihat jumlah langganan digital mereka berganda pada April berbanding Mac tahun ini. - Foto FAIL BH -

LEBIH ramai pembaca melanggan produk cetak dan digital yang diterbitkan Singapore Press Holdings (SPH), dengan ramai menyatakan mereka lebih kerap membaca, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan pada Rabu (13 Mei).

Berita Harian dan The Business Times masing-masing melihat jumlah langganan digital mereka berganda pada April berbanding Mac tahun ini.

The Straits Times pula melihat langganan mereka naik sebanyak 40 peratus bagi bulan yang sama.

Bilangan orang yang melanggan Tamil Murasu di dalam talian melonjak sebanyak 780 peratus, sementara pelanggan digital Lianhe Zaobao bertambah 138 peratus.

Ini meskipun SPH memberi pembaca yang tidak melanggan akses percuma kepada artikel Covid-19 di semua platform digitalnya sejak 2 April, bermula dengan The Straits Times.

Dalam pada itu, 65 peratus pelanggan cetak kini lebih kerap membaca suratkhabar berbanding tiga bulan lalu. Mereka berkata mereka kini mempunyai lebih banyak masa untuk membaca akhbar.

Tinjauan yang dilaksana oleh SPH ini melibatkan 1,247 peserta. Separuh daripada mereka berkata mereka meluangkan antara 30 minit dengan sejam untuk membaca akhbar cetak - Berita Harian, The Straits Times, The Business Times, Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao, Shin Min Daily News dan Tamil Murasu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg