Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan nama yang dicadangkan bagi NMP merosot, paling rendah dalam dua dekad

Apr 23, 2023 | 6:31 PM
35f63701-d49a-4d65-8ff2-002f290d116c
-

Hanya 30 nama telah dikemukakan untuk dipertimbangkan sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP), menurut satu kenyataan Pejabat Kerani Parlimen. Ini adalah penurunan ketara daripada pusingan penamaan calon sebelum ini, dan jumlah terendah sejak Parlimen ke-9 dibubarkan pada 2001. Pencalonan buat pusingan ini ditutup pada 4.30 petang pada 19 April dan kenyataan dikeluarkan pada 21 April. Pengamat serta NMP sekarang dan terdahulu yang dihubungi The Straits Times berkata jumlah rendah itu mungkin disebabkan terdapat lebih banyak suara pembangkang di Parlimen sekarang. Terdapat sembilan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) dan dua AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP). Skim NMP telah dimulakan pada 1990 untuk memastikan perwakilan pandangan luas di Parlimen. Terdapat sehingga sembilan NMP setiap penggal - sepanjang dua setengah tahun. Apabila pusingan terakhir pencalonan dibuka pada 2020, terdapat 61 permohonan bagi sesi pertama Parlimen ke-14, jumlah tertinggi sejak skim NMP bermula. Kini selepas permohonan telah ditutup, lapan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas, yang dipengerusikan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, akan menemu bual dan mempertimbangkan calon yang layak. Ia akan mencalonkan sehingga sembilan orang untuk dilantik oleh Presiden sebagai NMP. NMP sekarang akan menamatkan penggal mereka pada Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg