Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bilangan penghuni sewa flat HDB, kediaman swasta dinaikkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan penghuni sewa flat HDB, kediaman swasta dinaikkan

Ia dinaikkan buat sementara selama sekitar tiga tahun untuk penuhi permintaan sewa serta sokong isi rumah yang mahu sewa
Dec 20, 2023 | 05:28 PM



Bilangan penghuni yang dibenarkan di dalam flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan hartanah kediaman swasta akan dinaikkan buat sementara selama sekitar tiga tahun untuk memenuhi permintaan sewa serta menyokong isi rumah yang mahu menyewa.

Dari 22 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, pemilik flat empat bilik atau lebih besar dan pemilik rumah swasta sebesar sekurang-kurangnya 90 meter persegi akan dibenarkan menyewakan sehingga lapan orang yang tidak berkaitan dan bukan daripada unit keluarga sama.

Angka itu adalah kenaikan daripada jumlah enam orang sekarang, kata HDB dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam kenyataan bersama pada 20 Disember.

“Kami akan mengkaji semula keperluan untuk melanjutkan langkah sementara ini bergantung kepada keadaan sewa pada akhir 2026,” kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dalam satu catatan Facebook.

Beliau berkata semasa pandemik Covid-19, terdapat peningkatan mendadak dalam sewa perumahan berikutan permintaan yang kukuh di tengah-tengah kelewatan pembinaan yang disebabkan oleh Covid-19.

Beliau berkata bekalan sewa yang sihat perlu dikekalkan untuk menyokong mereka yang ingin menyewa seperti isi rumah yang menunggu untuk berpindah ke rumah baru, mereka yang berada di sini untuk bekerja atau belajar, dan warga Singapura yang lebih muda yang ingin menyewa ruang mereka sendiri.

Encik Lee berkata langkah sementara itu hanya akan digunakan bagi hartanah yang lebih besar, untuk mengekalkan persekitaran hidup yang kondusif bagi keseluruhan masyarakat.

“Kami akan memantau situasi dengan teliti dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran atau kelemahan yang serius, termasuk membatalkan kelulusan penyewaan pemilik rumah,” tambah Encik Lee.

Pihak berkuasa menyatakan bekalan perumahan yang besar akan datang dalam masa beberapa tahun akan membantu memenuhi permintaan sewa.

Pada 2023 sahaja, hampir 40,000 rumah dijangka siap di seluruh pasaran kediaman awam dan swasta – jumlah penyiapan rumah tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu. Hampir 100,000 unit kediaman awam dan swasta dijangka siap dari 2023 hingga 2025.

Pihak berkuasa berkata mereka juga akan melonggarkan had bagi penghuni yang dibenarkan di tempat tinggal yang lebih besar milik hartanah komersial HDB – saiz bersamaan atau lebih besar daripada flat empat-bilik.

Pada masa ini, pemilik flat HDB, serta pemilik dan penyewa hartanah komersial HDB, perlu mendapatkan kelulusan HDB sebelum penyewaan bermula.

Pemilik hartanah kediaman yang kini menempatkan sehingga enam orang yang tidak berkaitan perlu memohon kepada HDB atau URA untuk memasukkan penghuni tambahan.

Permohonan untuk menyewa rumah flat atau bilik tidur HDB boleh dikemukakan dalam talian melalui e-perkhidmatan HDB. Bayaran pentadbiran perlu dibayar dengan setiap permohonan, pada $10 setiap bilik tidur atau $20 setiap keseluruhan flat yang disewakan.

Pemilik dan penyewa hartanah komersial HDB yang ingin menyewakan tempat tinggal mereka boleh memohon melalui Portal Pelesenan GoBusiness. Bayaran pentadbiran ialah $100 bagi setiap permohonan.

Pemilik yang ingin menyewakan rumah persendirian lebih besar yang sekurang-kurangnya 90 meter persegi kepada sehingga lapan orang yang tidak berkaitan – setiap satu akan tertakluk kepada penginapan minimum tiga bulan berturut-turut – dikehendaki mendaftar melalui e-perkhidmatan URA.

Bayaran pentadbiran sebanyak $20 perlu dibayar bagi setiap pendaftaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >