Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan pesakit A&E di SGH dan Hospital Sengkang melonjak

May 1, 2021 | 3:44 PM
Tidak dapat dipastikan jika bilangan pesakit yang melonjak di SGH berkaitan dengan perkembangan di Hospital Tan Tock Seng, yang mengenakan sekatan ke atas empat wad menyusuli kelompok jangkitan yang timbul di sana.
Tidak dapat dipastikan jika bilangan pesakit yang melonjak di SGH berkaitan dengan perkembangan di Hospital Tan Tock Seng, yang mengenakan sekatan ke atas empat wad menyusuli kelompok jangkitan yang timbul di sana. - - Foto fail

HOSPITAL Besar Singapura (SGH) dan Hospital Besar Sengkang (SKH) melaporkan bahawa bilangan pesakit di jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) mereka telah melonjak.

SKH juga menyatakan bahawa wadnya kini beroperasi dengan kapasiti penuh.

SGH mengumumkan mengenai kenaikan jumlah pesakit di Facebook pada pagi Jumaat (30 April), sementara SKH menyiarkannya pada pagi Sabtu (1 Mei).

Kedua-dua pos itu menyatakan bahawa keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sakit parah, dan masa menunggu bagi pesakit lain dijangka lebih lama.

Tidak dapat dipastikan jika bilangan pesakit yang melonjak itu berkaitan dengan perkembangan di Hospital Tan Tock Seng, yang baru-baru ini mengenakan sekatan ke atas empat wad menyusuli kelompok jangkitan yang timbul di sana, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg