Premium
Bina daya tahan, persiap masyarakat hadapi serangan
Jul 16, 2017 | 5:30 AM
MANFAATKAN KEKUATAN CDC: Encik Desmond Choo (berbaju biru) bermesyuarat bersama pegawai CDC North East. Kekuatan CDC menyatukan orang ramai dan pelbagai pertubuhan harus dimanfaatkan, kata beliau. - Foto KHALID BABA -
DENGAN pengganasan terus berlaku di beberapa negara dan membuat iklim keselamatan amat merisaukan, peranan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) turut berkembang bagi membantu menangani ancaman itu, kata Mayor CDC North East, Encik Desmond Choo.
Dalam hal ini, ujarnya, CDC mempunyai dua keutamaan - membina daya tahan masyarakat dan melibatkan diri dalam usaha mempersiap penduduk sekiranya berlaku serangan ganas.

