Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biskop besar SG dimaklum kes kesalahan seks libat tokoh Katolik pada 2020

May 8, 2022 | 5:30 AM
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH -

BISKOP besar Singapura, Encik William Goh, hanya dimaklumkan mengenai kes kesalahan seks yang melibatkan seorang tokoh Katolik terkemuka pada Oktober 2020, kata Roman Catholic Archdiocese of Singapore, kelmarin.

Seorang jurucakap memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa Biskop besar Goh telah mengikuti protokol dan mengarahkan supaya laporan dibuat terus kepada badan di Rome, Italy yang bertanggungjawab ke atas segala yang berkenaan dengan undang-undang agama.

Beliau juga meminta agar perkara itu dirujuk kepada polis di sini.

Jurucakap itu menambah: "Perintah agama dalam Gereja Roman Katolik dibentuk secara berasingan dan dikawal oleh prosiding kehakiman dan pentadbiran undang-undang mereka sendiri."

Biskop besar Goh dilantik menjadi ketua gereja Katolik di sini pada Mei 2013, mengambil alih mantan biskop besar Nicholas Chia, yang memegang jawatan itu dari 2001 hingga 2013.

Sewaktu perbicaraan kes tersebut, ia didapati bahawa kesalahan tersebut terbongkar pada 2009 oleh seorang pemimpin jawatankuasa undang-undang Katolik - sekurang-kurangnya 11 tahun sebelum biskop besar dikatakan telah dimaklumkan mengenai kes itu.

Pelaku telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Khamis lalu kerana melakukan perbuatan seksual yang menyalahi undang-undang dengan dua remaja lelaki antara 2005 dengan 2007.

Mereka berumur antara 14 hingga 15 tahun ketika kesalahan dilakukan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa salah seorang mangsa telah memberitahu pemimpin sektor undang-undang Katolik pada 2009 tentang penderaan seksual itu.

Mangsa ditanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis, namun beliau enggan.

Pelaku kemudian disoal oleh ketua agamanya mengenai dakwaan itu, dan mengaku terhadap tindakannya.

Dia telah digantung kerja dan dihantar untuk program terapi selama enam bulan pada Jun 2009 di Amerika Syarikat.

Tiada laporan polis dibuat terhadapnya ketika itu.

"Memandangkan tiada laporan polis dibuat oleh mangsa, dia tidak disiasat polis ketika itu," dokumen mahkamah menyatakan.

Kelmarin, polis berkata selepas menyelesaikan siasatan, mereka telah - setelah berunding dengan Jabatan Peguam Negara - mengeluarkan nasihat bertulis kepada seorang lelaki berusia 64 tahun untuk mengingatkannya tentang kewajipan undang-undangnya di bawah Seksyen 424 Kanun Prosedur Jenayah.

"Pertubuhan dan orang ramai dinasihatkan melaporkan kes jenayah seksual kepada polis," kata polis.

"Siasatan polis adalah rahsia, dan pegawai polis dilatih untuk menguruskan mangsa secara peka dan dengan sewajarnya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg