'Blade Runner' sudah tiba di Nepal untuk sertai Maraton Everest
Premium
'Blade Runner' sudah tiba di Nepal untuk sertai Maraton Everest
May 20, 2016 | 5:30 AM
MAHU JADIKAN DIRI SEBAGAI CONTOH: Shariff, yang merupakan atlit pertama dengan kaki palsu yang mengambil bahagian dalam Maraton Everest Tenzing-Hillary di Nepal, ialah satu-satunya warga Singapura yang menyertai acara itu tahun ini. Beliau mahu meningkatkan kesedaran bahawa seseorang yang kurang upaya sepertinya boleh melakukan sesuatu yang 'luar biasa'. - Foto FACEBOOK MD SHARIFF ABDULLAH -
ATLIT lasak yang menggunakan kaki prostetik kiri berupa 'blade', Md Shariff Abdullah, sudah tiba di kampung Namche Bazaar, di Nepal, pada ketinggian 3,446 meter di atas paras laut.
Beliau yang mengambil bahagian dalam acara Maraton Everest Tenzing-Hillary yang diadakan pada 29 Mei ini, sedang dalam perjalanan menuju ke garisan mula.

