Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Blogger Amos Yee mengaku salah terhadap baki 3 tuduhan

Sep 28, 2016 | 12:25 PM
Amos Yee tiba bersama ibunya di Mahkamah Negara pada Rabu (28 Sep).
Amos Yee tiba bersama ibunya di Mahkamah Negara pada Rabu (28 Sep). - GAMBAR REUTERS

BLOGGER remaja Amos Yee sekali lagi mengaku bersalah terhadap baki tiga pertuduhan menyakiti perasaan agama.

Yee, 17 tahun, mengaku bersalah pada Rabu (28 Sept) memuat naik satu gambar dan dua video dalam talian antara 17 April dan 19 Mei, dengan niat menyakiti perasaan orang Islam.

Pengakuan itu menandakan berakhirnya perbicaraannya, yang bermula pada Ogos. Pembelaan Yee belum dipanggil semasa perbicaraan empat hari itu.

Yee pada mulanya menafikan semua lapan pertuduhan - dua bagi kesalahan gagal hadir di sebuah balai polis dan enam kerana menyakiti perasaan agama. Dia tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan gagal hadir di balai polis pada hari ketiga perbicaraan. Esoknya, dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menyakiti perasaan orang Islam dan Kristian antara November tahun lepas dan April lalu.

Pihak pendakwaan akan berhujah bagi hukuman yang sesuai di depan Hakim Daerah Utama Ong Hian Sun pada Khamis (29 Sept).

Hukuman maksimum bagi setiap satu daripada dua pertuduhan tidak hadir di balai polis ialah penjara sebulan dan denda $1,500.

Hukuman maksimum bagi setiap daripada enam tuduhan menyakiti perasaan agama ialah penjara tiga tahun dan denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg