Topik diikuti
Pergi ke BHkuBola golf terkena kepala wanita: Jaring dipasang di sebahagian laluan tarikan Changi Jurassic Mile
Bola golf terkena kepala wanita: Jaring dipasang di sebahagian laluan tarikan Changi Jurassic Mile
Bola golf terkena kepala wanita: Jaring dipasang di sebahagian laluan tarikan Changi Jurassic Mile
SEBAHAGIAN laluan di tarikan Changi Jurassic Mile kini telah dipasang dengan jaring menyusuli insiden seorang pejalan kaki wanita cedera di kepala akibat terkena bola golf daripada padang golf berhampiran.
Menjawab pertanyaan media, jurucakap Changi Airport Group (CAG) berkata jaring itu dipasang Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan.
Ia dipasang secara vertikal di bahagian atas pagar yang memisahkan laluan pejalan kaki antara pameran dinosaur dan padang golf tersebut.
Pameran Changi Jurassic Mile itu adalah sebahagian daripada laluan Penghubung Lapangan Terbang Changi yang meliputi Taman East Coast, Terminal 4 dan Terminal 2.
Penghubung itu terletak bersebelahan Tanah Merah County Club.
Seorang pengguna Facebook, Derek Yap, berkongsi bahawa pembantu rumahnya cedera sedang beliau dan keluarganya sedang bersiar-siar di laluan dinosaur itu Khamis lalu.