Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boleh beli ayam segar dari Malaysia esok

Oct 12, 2022 | 7:47 PM
AYAM HIDUP KEMBALI: Penduduk negara ini dijangka dapat membeli ayam segar dari Malaysia mulai esok selepas empat bulan Malaysia menghentikan eksport ayam hidup ke Singapura.
AYAM HIDUP KEMBALI: Penduduk negara ini dijangka dapat membeli ayam segar dari Malaysia mulai esok selepas empat bulan Malaysia menghentikan eksport ayam hidup ke Singapura. - - Foto pembaca Berita Harian

SEKITAR empat bulan selepas Malaysia menghentikan eksport ayam hidup ke Singapura, penduduk negara ini akhirnya boleh mendapatkan ayam segar di sini mulai esok (13 Oktober).

Menurut kenyataan syarikat pembekal ayam Kee Song Food hari ini, ayam hidup dari seberang Tambak dijangka tiba di tempat penyembelihan syarikat itu sekitar 5.30 pagi esok.

"Ayam segar premium kami boleh didapatkan di peruncit utama pada hari yang sama (esok) mulai 2 petang," ujar syarikat itu.

Malah, orang ramai juga boleh memesan ayam segar menerusi laman webnya.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata mereka telah menerima pemberitahuan rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia tentang langkah Malaysia menarik balik larangan eksport ayam hidup mulai 11 Oktober.

SFA berkata ia mengalu-alukan langkah menarik balik larangan itu.

Larangan eksport ayam hidup itu telah berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu dalam usaha Malaysia menangani isu bekalan dan harga ayam dalam negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg