Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boleh kunjungi taman, berkelah dalam kumpulan lima orang: Nparks

Jun 17, 2020 | 9:51 PM
Mereka yang mahu berkelah boleh melakukan demikian bermula 19 Jun tetapi dalam kumpulan tidak melebihi lima orang. - Foto fail
Mereka yang mahu berkelah boleh melakukan demikian bermula 19 Jun tetapi dalam kumpulan tidak melebihi lima orang. - Foto fail -

ORANG ramai kini boleh mengunjungi taman dalam kumpulan lima orang selaras dengan langkah membenarkan semula kegiatan sosial semasa Fasa Dua pembukaan semula Singapura pada Jumaat (19 Jun).

Lembaga Taman Negara (Nparks) dalam kenyataannya berkata pada Rabu (17 Jun), kemudahan taman termasuk tempat permainan kanak-kanak; taman papan lungsur; gelanggang; kawasan memancing; pantai; padang; tempat perteduhan; dan tempat meletak kereta akan dibuka semula.

Pusat makanan dan minuman (F&B), rekreasi dan kedai runcit di taman dan hutan simpanan juga akan dibuka semula tetapi harus mematuhi langkah pengurusan selamat seperti disyaratkan di bawah garis panduan Enterprise Singapore (ESG).

Menurut Nparks, ruang acara bagi perkahwinan juga akan dibuka semula dengan syarat ia dihadkan hanya 20 orang, atau kurang, bergantung kepada kapasiti ruang tersebut berdasarkan prinsip pengurusan selamat.

Kegiatan seperti berkelah dan sukan rekreasi turut dibenarkan selain kegiatan seperti berjalan, berlari, kegiatan jasmani secara statik, taichi dan berbasikal, kata Nparks.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg