Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boleh manfaat 300 khidmat pemerintah di gerbang GoBusiness

Dec 8, 2021 | 5:30 AM
efafb30d-fdd3-4366-9653-c9fcc3870fe5
-

BERMULA awal tahun depan, syarikat-syarikat akan mempunyai akses langsung terhadap lebih 300 khidmat pemerintah di gerbang GoBusiness.

Ia bukan sahaja membolehkan mereka mendaftar bagi perniagaan baru tetapi juga membuat permohonan lesen dan menerima saranan peribadi mengenai geran yang boleh mereka perolehi berdasarkan profil perniagaan dan sejarah urus niaga mereka.

Peningkatan terhadap gerbang itu diumumkan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dalam majlis Anugerah Syarikat Berkembang anjuran The Business Times (BT) dan OCBC semalam.

Menurut Cik Low, gerbang GoBusiness menawarkan akses kepada lebih 100 skim bantuan pemerintah seperti geran, insentif cukai dan program pembangunan keupayaan.

"Dengan lebih banyak proses pemerintah dipermudahkan, syarikat-syarikat akan dapat memberikan tumpuan untuk meningkatkan daya penghasilan dan khidmat perniagaan. Pemerintah akan terus memastikan sistem pengawalan semasa menyokong idea perniagaan yang inovatif," jelasnya.

Beliau menambah Panel Pro-Perniagaan (PEP) di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bekerja sama dengan agensi awam bagi menyediakan huraian bagi mengurangkan peraturan yang tidak perlu. Setakat ini, lebih separuh daripada 2,000 saranan diterima PEP telah mendorong perubahan peraturan.

Anugerah Syarikat Berkembang yang diadakan buat tahun ke-14 telah menerima 300 permohonan dari pelbagai industri seperti makanan dan minuman (F&B), robotik, teknologi maklumat dan kemampanan bekalan.

Semalam, G8 Subsea, KoolLogix dan Nanosun merupakan tiga pemenang utama anugerah itu yang mengiktiraf syarikat kecil dan sederhana (SME) yang menunjukkan keupayaan untuk berkembang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg