Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bom WWII 100kg ditemui di Bukit Timah, dilupus pada Selasa

Sep 24, 2023 | 9:05 PM
BOM PERANG DUNIA KEDUA: Relik bom seberat 100 kilogram ditemui di tapak pembinaan di Upper Bukit Timah Road.
BOM PERANG DUNIA KEDUA: Relik bom seberat 100 kilogram ditemui di tapak pembinaan di Upper Bukit Timah Road. - Foto SPF

Relik bom Perang Dunia Kedua (WWII) seberat 100 kilogram telah ditemui di tapak pembinaan di Upper Bukit Timah Road, menurut polis pada Ahad.

Polis dimaklumkan mengenai relik perang itu pada 20 September sekitar 11.57 pagi, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Pasukan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah mengkaji dan mendapati bom tersebut tidak selamat untuk digerakkan ke kawasan lain dan perlu dihapuskan di tapak tersebut.

Penghapusan itu akan dilakukan pada Selasa antara 8 pagi hingga 7 malam.

Demi keselamatan orang ramai, pihak polis akan mengepung kawasan sekitar 200 meter di keliling relik tersebut semasa tempoh penghapusan itu.

Penduduk serta pihak berkepentingan lain di kawasan yang terjejas, termasuk The Linear, Hazel Park, Bukit 828, Blok 154 Gangsa Road, Hazel Park Terrace, kedai di kawasan Upper Bukit Timah Road, serta pihak pengurusan Sekolah Menengah Greenridge telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh polis.

Mereka diminta keluar dari bangunan buat sementara semasa operasi pelupusan itu, kata kenyataan itu.

Pelajar Sekolah Menengah Greenridge juga akan menjalani pembelajaran dari rumah (HBL) pada Selasa.

Beberapa jalan raya akan ditutup buat sementara dari 11 pagi hingga 7 malam, termasuk jejambat Bukit Panjang antara Woodlands Road dan Petir Road serta Bukit Timah Road antara Petir Road dan Cashew Road.

Hanya kenderaan kecemasan, polis dan SAF akan mempunyai akses kepada jalan raya ini semasa penutupan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg