Bombardier labur $85j perluas pusat khidmatnya di Seletar
Premium
Bombardier labur $85j perluas pusat khidmatnya di Seletar
Feb 28, 2019 | 5:30 AM
MAJLIS PECAH TANAH: Pusat khidmat Bombardier akan diperluas sehingga 40,000 meter persegi menjelang 2020. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
SYARIKAT aeroangkasa dari Canada, Bombardier, akan melabur $85 juta untuk memperluas pusat perkhidmatannya di Singapura sebanyak empat kali ganda - satu usaha memperkukuh kedudukannya di rantau Asia-Pasifik.
Pusat perkhidmatan di Taman Aeroangkasa Seletar itu dibuka pada 2014 dan merangkumi kawasan seluas 9,260 meter persegi, atau sekitar dua padang bola sepak.

