Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bonus akhir tahun 0.6 bulan bagi kakitangan awam

Nov 27, 2023 | 5:58 PM
BONUS AKHIR TAHUN: Penjawat awam Singapura akan menerima bonus akhir tahun sebanyak 0.6 bulan.
BONUS AKHIR TAHUN: Penjawat awam Singapura akan menerima bonus akhir tahun sebanyak 0.6 bulan. - Foto ZAOBAO

Semua kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus 0.6 bulan pada gaji akhir tahun, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam kenyataannya pada Isnin.

Penjawat awam gred bersamaan MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran tambahan sekali sebanyak $400 manakala penjawat awam dalam gred rendah bersamaan dengan MX15 dan MX16, serta mereka dalam Skim Sokongan Operasi (OSS) akan menerima bayaran sekali yang lebih tinggi sebanyak $800.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) telah mengemas kini ramalan pertumbuhan GDP Singapura daripada “0.5 hingga 1.5 peratus” kepada “sekitar 1 peratus” bagi 2023.

Ramalan ini mengambil kira prospek pasaran buruh, permintaan luaran yang lemah untuk sepanjang tahun dan risiko keburukan berterusan yang timbul daripada ketegangan geopolitik.

Menurut PSD lagi, penjawat awam akan menerima Bonus Berubah-ubah Tahunan (AVC) sebanyak 0.6 bulan.

Selaras dengan saranan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC), pemerintah akan terus mengamalkan pendekatan progresif dalam menentukan AVC untuk penjawat awam.

Oleh itu, penjawat awam dalam gred yang setara dengan MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran sekali sebanyak $400 manakala penjawat awam dalam gred bersamaan MX15 dan MX16, dan mereka yang berada dalam OSS akan menerima jumlah sekali yang lebih tinggi sebanyak $800.

Secara keseluruhan, penjawat awam akan menerima bayaran 0.9 bulan dalam AVC untuk 2023.

Pegawai sehingga gred MX13(I) dan setara akan menerima jumlah sekali tambahan sehingga $1,200 pada 2023.

Pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA), atau bayaran bulan ke-13, satu bulan kepada semua penjawat awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg