Topik diikuti
Pergi ke BHkuBonus khas $500 SG50 bagi pekerja sektor awam
*Bonus pertengahan tahun sebanyak separuh bulan *Pekerja Divisyen IV nikmati tambahan gaji $30

Jun 18, 2015 | 5:30 AM
Bonus khas $500 SG50 bagi pekerja sektor awam
SEMUA pekerja sektor awam akan menerima bonus khas yang dibayar sekali sebanyak $500 sempena sambutan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50) dan sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan negara.
Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan semalam, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) berkata bonus khas itu adalah tambahan kepada pemberian bonus pertengahan tahun atau Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) sebanyak separuh bulan gaji atau 0.5 bulan.