Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boon Lay Place akan disuntik nafas baru

Aug 4, 2024 | 8:52 PM
Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast membentangkan rancangan bagi peningkatan Boon Lay Place semasa menghadiri majlis sempena Hari Kebangsaan di kelab masyarakat Boon Lay pada 4 Ogos.
Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast membentangkan rancangan bagi peningkatan Boon Lay Place semasa menghadiri majlis sempena Hari Kebangsaan di kelab masyarakat Boon Lay pada 4 Ogos. - Foto ST

Cabang Boon Lay Majlis Bandaran West Coast (WCTC) akan berpindah ke bangunan UOB lama di Boon Lay Place pada 2025 sebagai sebahagian rancangan untuk menyuntik nafas baru ke kawasan tersebut di bawah pelan induk draf, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Berucap di satu majlis sempena Hari Kebangsaan di kelab masyarakat Boon Lay pada 4 Ogos, Encik Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast, membentangkan rancangan bagi peningkatan Boon Lay Place.

Ini termasuk menyediakan lebih banyak laluan penghubung yang bertutup di kawasan itu serta memindahkan pejabat cabang WCTC ke 325 Boon Lay Place.

Agensi pemerintah JTC Corporation juga sedang mempertimbang kegunaan lain bagi bangunan lama UOB itu termasuk bagi khidmat penjagaan selepas sekolah, penjagaan bayi dan kemudahan penuaan aktif.

Cabang Boon Lay Majlis Bandaran West Coast (WCTC) akan berpindah ke bangunan UOB lama di Boon Lay Place pada 2025 sebagai sebahagian rancangan untuk menyuntik nafas baru ke kawasan tersebut.
Cabang Boon Lay Majlis Bandaran West Coast (WCTC) akan berpindah ke bangunan UOB lama di Boon Lay Place pada 2025 sebagai sebahagian rancangan untuk menyuntik nafas baru ke kawasan tersebut. - Foto ST

“Kami sedang mengkaji pilihan ini, berbincang dengan agensi dan kami mengalu-alukan pandangan anda bagi kegunaannya yang lain.

“Kejiranan dan prasarana kami perlu berkembang dengan keperluan penduduk. Dengan cara ini, kami dapat menyuntikkan nafas segar pada bangunan yang ada dan memastikan ia kekal relevan,” ujar Encik Lee.

Seorang penduduk yang telah tinggal di Boon Lay selama tiga tahun, Cik Norshuhaiba Safie, berkata pejabat cabang Boon Lay WCTC yang baru akan terletak dekat dengan rumahnya.

“Saya perlu tunggu lama untuk naik bas untuk pergi ke pejabat WCTC di Clementi, kadang-kadang hingga sejam.

“Pada masa akan datang, saya hanya perlu berjalan lima minit untuk pergi ke pejabatnya yang baru,” ujar suri rumah berusia 42 tahun itu.

Encik Lee berkata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengkaji kegunaan jangka panjang bagi tempat letak bas sementara sebelah Boon Lay Place Food Village, Savoy Theatre lama dan tapak ActiveSG Hockey Village.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengkaji kegunaan jangka panjang bagi tempat letak bas sementara sebelah Boon Lay Place Food Village, Savoy Theatre lama dan tapak ActiveSG Hockey Village.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengkaji kegunaan jangka panjang bagi tempat letak bas sementara sebelah Boon Lay Place Food Village, Savoy Theatre lama dan tapak ActiveSG Hockey Village. - Foto ST

“Kami akan mengkaji seluruh kawasan ini dengan menyeluruh untuk melihat bagaimana kami boleh meningkatkannya dan memperbaikinya bagi manfaat masyarakat.

“Kami sedang mengumpulkan maklum balas daripada penduduk... dan idea untuk membayangkan semula dan mengubah Boon Lay Place menjadi tempat yang lebih bersemangat,” ujarnya.

Laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja Boon Lay Place Food Village ke Blok 207 Boon Lay Place akan dibina, selain laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja itu ke pusat beli-belah Boon Lay hingga ke kelab masyarakat Boon Lay dan ActiveSG Hockey Village.

Malah, ia mungkin dibina untuk menghubungkan penduduk ke estet Meadow Grove dan stesen MRT baru yang akan dibina pada masa akan datang di Jurong West Avenue 2.

Laluan Daerah Jurong (JRL) yang sedang dibina juga akan meningkatkan keterhubungan dalam beberapa tahun akan datang, dengan tiga stesen JRL terletak di dan sekitar Boon Lay.
Laluan Daerah Jurong (JRL) yang sedang dibina juga akan meningkatkan keterhubungan dalam beberapa tahun akan datang, dengan tiga stesen JRL terletak di dan sekitar Boon Lay. - Foto ST

Encik Lee berkata Laluan Daerah Jurong (JRL) yang sedang dibina juga akan meningkatkan keterhubungan dalam beberapa tahun akan datang, dengan tiga stesen JRL terletak di dan sekitar Boon Lay.

“Sekarang ini, perjalanan dari pusat pertukaran bas Boon Lay ke pusat pemeriksaan Jurong Island mengambil masa setengah jam.

“Dengan laluan MRT baru ini, perjalanan itu akan mengambil masa 15 minit,” ujarnya.

Laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja Boon Lay Place Food Village ke Blok 207 Boon Lay Place akan dibina, selain laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja itu ke pusat beli-belah Boon Lay hingga ke kelab masyarakat Boon Lay dan ActiveSG Hockey Village.
Laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja Boon Lay Place Food Village ke Blok 207 Boon Lay Place akan dibina, selain laluan penghubung yang bertutup dari pusat penjaja itu ke pusat beli-belah Boon Lay hingga ke kelab masyarakat Boon Lay dan ActiveSG Hockey Village. - Foto ST

Antara kerja peningkatan lain yang dirancang termasuk laluan berbasikal baru serta lebih banyak akses ke taman dan ruang hijau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg