BERMULA 2020, semua permohonan pasport dan kad pengenalan (NRIC) perlu dibuat di dalam talian, selepas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan berkata ia akan berhentik menggunakan borang kertas bagi 15 khidmat.

Khidmat-khidmat yang terjejas, termasuk permohonan sijil kelahiran dan kematian, serta permohonan bagi mengubah alamat, akan dialihkan ke dalam talian bagi menyokong matlamat Singapura menjadi Negara Bijak.

Dalam kenyataannya semalam, ICA berkata semua khidmat yang terjejas kini ditawarkan di wadah MyICA - laman web yang dibentuknya dan boleh digunakan pihak awam dengan menggunakan SingPass.

Dilancar pada Jun tahun ini denan lapan khidmat, MyICA juga membenarkan pengguna membuat pembayaran sekali bagi beberapa urus niaga berbeza.

Sejak dilancarkan, ICA berkata ia telah mengumpul maklum balas dan memperhalui wadah itu berdasarkan maklum balas ini.

Tahun lalu, kata ICA, 88 peratus daripada lebih 5.5 juta permohonan yang diterimanya dibuat di dalam talian.

Senarai 15 khidmat ICA yang terjejas

  • Mohon pasport
  • Menggantikan/mendaftar semula untuk kad pengenalan,
  • Mohon surat perubahan alamat
  • Mohon pas pelajar
  • Mohon sijil atau bukti kematian atau kelahiran, serta rekod rasmi
  • Mohon visa bagi memasuki Singapura
  • Mohon kad kunjungan perniagaan APEC
  • Mohon pelanjutan kunjungan ke Singapura (Pas Kunjungan)
  • Mohon bagi pas kunjungan jangka panjang
  • Menilai pas kunjungan jangka panjang pranikah
  • Mohon permit masuk Singapura semula
  • Mohon status penduduk tetap
  • Mohon kerakyatan
  • Perisa pentauliahan pas imigresen dan kad pengenalan
  • Tempah janji temu ke ICA

Mohon pasport

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

Menggantikan/mendaftar semula untuk kad pengenalan,

Mohon surat perubahan alamat

Mohon pas pelajar

Mohon sijil atau bukti kematian atau kelahiran, serta rekod rasmi

Mohon visa bagi memasuki Singapura

Mohon kad kunjungan perniagaan APEC

Mohon pelanjutan kunjungan ke Singapura (Pas Kunjungan)

Mohon bagi pas kunjungan jangka panjang

Menilai pas kunjungan jangka panjang pranikah

Mohon permit masuk Singapura semula

Mohon status penduduk tetap

Mohon kerakyatan

Perisa pentauliahan pas imigresen dan kad pengenalan

Tempah janji temu ke ICA