Bot layar, tong sampah berterbangan akibat angin kencang di East Coast
Premium
Bot layar, tong sampah berterbangan akibat angin kencang di East Coast
Feb 1, 2018 | 5:30 AM

BERTERBANGAN: Angin kuat menyebabkan tong sampah berterbangan di Taman East Coast dalam rakaman video yang tersebar luas semalam. - Foto oleh pembaca THE STRAITS TIMES -
HUJAN lebat melanda Singapura semalam, dengan angin kuat menyebabkan tong sampah dan beberapa bot layar berterbangan di Taman East Coast.
Dalam video yang tersebar luas secara dalam talian semalam, angin kuat kelihatan telah menerbangkan daun-daun dan serpihan ke udara. Sekurang-kurangnya tiga bot dilihat melambung ke udara. Individu yang mengambil video itu bertempiaran lari apabila bot itu terbang ke arahnya.

