Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boys' Brigade agih baucar FairPrice daripada hamper makanan

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
DERMA DALAM TALIAN: Presiden Halimah menyampaikan sumbangan simbolik $40 bagi pihak BBSG dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi bank. Turut di acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng (kanan), dan CEO Prudential Singapura, Encik Dennis Tan Namun, sumbangan $40 itu bukan jumlah sebenar yang didermakan Puan Halimah. Menurut The Boys' Brigade, Puan Halimah berikrar menderma kepada 200 penerima bantuan BBSG apabila menerima undangan ke acara pelancaran itu. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID.
DERMA DALAM TALIAN: Presiden Halimah menyampaikan sumbangan simbolik $40 bagi pihak BBSG dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi bank. Turut di acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng (kanan), dan CEO Prudential Singapura, Encik Dennis Tan Namun, sumbangan $40 itu bukan jumlah sebenar yang didermakan Puan Halimah. Menurut The Boys' Brigade, Puan Halimah berikrar menderma kepada 200 penerima bantuan BBSG apabila menerima undangan ke acara pelancaran itu. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID. -

SETIAP tahun sepanjang 33 tahun lalu, projek Boys' Brigade Share-a-Gift (BBSG) melibatkan operasi besar-besaran menghantar hamper makanan ke rumah puluhan ribu benefisiari.

Namun tahun ini BBSG beralih ke dalam talian dalam usaha mengumpul dana dan mengagih baucar pasar raya FairPrice menggantikan hamper makanan.

Semasa melancarkan projek BBSG itu semalam, Presiden Halimah Yacob berkata walaupun keadaan Covid-19 mengganggu kehidupan ramai, terdapat sinar harapan di balik cabaran itu.

"Saya gembira melihat warga Singapura daripada pelbagai latar belakang bersatu padu sebagai sebuah masyarakat untuk membantu satu sama lain.

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami melihat bagaimana badan tidak mencari untung dan badan amal menyesuaikan program dan usaha pengumpulan dana, yang semakin penting semasa tempoh mencabar ini.

"Syukurlah, ramai orang telah memanfaatkan teknologi, memperbaiki jangkauan dalam talian dan meningkatkan keupayaan digital, memastikan bahawa program dan usaha mereka dapat diteruskan," kata Puan Halimah.

Sedang Singapura berusaha memerangi pandemik Covid-19, terus menjaga satu sama lain semakin penting, ujar beliau.

Walaupun musim cuti tahun ini agak berlainan akibat penularan Covid-19, Puan Halimah berkata ia masih boleh menjadi musim bermakna apabila orang ramai membantu golongan memerlukan dan menyebarkan keceriaan.

"Jika kita teguh bersatu, kita dapat keluar daripada krisis ini sebagai sebuah negara lebih baik," ujar beliau.

Nota: Menyusuli laporan media mengenai pelancaran projek amal, The Boys' Brigade Share-A-Gift (BBSG) 2020 pada Rabu (18 September), The Boys' Brigade ingin menjelaskan bahawa sumbangan yang dibuat di acara itu adalah sumbangan simbolik kepada penerima bantuan pertama sempena pelancaran program itu.

Jumlah $40 yang ditetapkan itu adalah untuk dipadankan dengan nilai baucar FairPrice yang diberikan kepada setiap penerima bantuan. Ia bukanlah sumbangan sebenar yang diberikan Presiden Halimah Yacob yang hadir sebagai tetamu terhormat.

Puan Halimah bahkan berikrar menyumbangkan kepada 200 penerima bantuan BBSG apabila beliau menerima undangan sebagai tetamu di acara pembukaan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg