Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boys' Brigade tingkat usaha mendekati orang awam

Dec 2, 2017 | 5:08 PM
SEBAR KECERIAAN: Seorang warga emas, Encik Ong Poh Beng (dua dari kiri), 70 tahun, menerima hamper makanan daripada Boys' Brigade serta Cik Pereira (tiga dari kiri) di flatnya di Henderson Road.
SEBAR KECERIAAN: Seorang warga emas, Encik Ong Poh Beng (dua dari kiri), 70 tahun, menerima hamper makanan daripada Boys' Brigade serta Cik Pereira (tiga dari kiri) di flatnya di Henderson Road. - Foto THE STRAITS TIMES / ALPHONSUS CHERN

THE Boys' Brigade di Singapura berkata ia sedang meningkatkan usaha mendekati orang awam, sempena ulang tahun ke-30 projek Share-A-Gift.

Tahun ini, The Boys' Brigade menyasar mendekati 42,296 benefisiari - sasaran tertinggi sejak ia memulakan projek Share-A-Gift pada 1988.

Terdapat 16 hari lagi sebelum projek itu berakhir, namun hanya 34 peratus daripada sasarannya telah dicapai. Badan itu berkata lebih 400 tempat bagi pendaftaran penghantaran harian masih belum diisi.

Tahun lalu, sumbangan mencapai 39 peratus daripada sasaran mereka dan hampir separuh tempat pendaftaran bagi penghantaran dipenuhi.

Hari ini (2 Disember), 180 relawan yang menaiki lebih 80 kenderaan sukarela dan dua bas menghantar pusingan pertama hamper makanan ke rumah benefisiari.

Relawan itu sendiri menghantar 860 hamper makanan ke rumah lebih 430 benefisiari. Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira, turut hadir bagi melancarkan acara tersebut.

Projek Share-A-Gift bertujuan menyuntik keceriaan bagi golongan kurang bernasib baik dengan mengumpulkan barang makanan dan memenuhi harapan mereka sempena musim perayaan Hari Natal.

Ia merupakan projek khidmat masyarakat nasional yang dianjurkan setiap tahun dengan sokongan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Benefisiari termasuk golongan yang mendapat bantuan ComCare serta keluarga atau individu yang dikenal pasti pertubuhan kebajikan sukarela (VWO).

Mereka mendapat hamper makanan yang mengandungi 25 barangan, yang dikumpulkan hasil derma orang awam. Setiap hamper, yang mengandungi barang makanan seperti Milo, beras dan mi segera, dijangka boleh membantu benefisiari selama empat bulan atau lebih.

Benefisiari juga boleh menyatakan permintaan tertentu yang mereka ada, seperti beg sekolah atau ketuhar pembakar, yang akan dipenuhi The Boys' Brigade.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg